Blogger Widgets

SPM leaver Path

Assalamualaikum…*xjawab dosa*…

Dengan berbesar hatinya, page ni aku buat untuk berkongsi pengetahuan dan pembaca pun dibenarkan untuk membenarkan apa yang silap dalam perkara yang aku kongsikan ni.
First thing first, aku nak buka selebarnya mata bebudak yang akan atau baru habis SPM.
Jangan jadi macam aku! Kenapa? Sebab, aku ni boleh lah dikatakan yang dikejar x dpt, yang dikendong berciciran. Nak tahu kenapa?
Okey, aku cerita pasal path lepas SPM. Walaupun aku dapat keputusan yang Alhamdulillah, memubuat aku bersyukur yang sangat-sangat kepada Allah s.w.t, tapi aku x bernasib baik macam kawan-kawan aku yang lain. Ada yang dapat JPA untuk PILN, JAD, PASUM, UTP, MARA,FELDA, tapi aku? Walaupun keputusan SPM kami sama, aku tak dapat apa yang mereka semua dapat. Ditegaskan, cuma Aku! Sebab???

Okey, semua salah aku jugak. Aku tak berfikir panjang dalam mengambil keputusan. Pertama! Aku ingatkan semua permohonan untuk apa benda segala bagai biasiswa tu hanya boleh di buat selepas keputusan SPM dikeluarkan. Jawapannya? Tidak wahai anda sekalian.. ada banyak biasiswa yang terbuka untuk di serbu oleh pelajar-pelajar Form Five in that particular year. semuanya pakai result TRIAL SPM. Hah, jangan pandang remeh dengan trial tu… contohnya, JAD, Shell, UTP, dan banyak lagi, yang aku tak explore dulu… JAD tu apa? Nama panjang aku tak tahu.. tapi yang pasti, itu pasal kejuruteraan n preparation untuk sambung study di Jepun.. whoa.. ramai budak sekolah aku dapat. Sebab diorang apply. Kalau aku tak silap, semua bebudak sekolah aku yang apply tu dapat. Jadi, kami bebudak yang x apply ni nak dapat macam mana? Yang pasti, JAD tu memang best sebab semua free. Lepas tu UTP. Okey , yang ini aku memang syukur sangat sebab aku apply. Guna result trial jugak. Result trial aku x lah bagus sangat tapi syukurlah, aku layak untuk sertai EDUCAMP (temu duga sebelum masuk ke UTP). Dan syukur sekali lagi, sebab aku dapat UTP ni dengan course chemical engineering. Yang ni memang senang dapat sebab mostly, orang tak tahu. So, ambillah peluang untuk mengisi peluang di sini. Sebab, setiap tahun UTP akan adakan dua kali sahaja pengambilan iaitu Jan dan Mei. Untuk bulan Mei tu, confirmlah guna result SPM dah. Di sni, memang ramai gila orang apply dan ramai jugak kena reject sebab quota dia tetap mix dengan bebudak yang dah masuk untuk in take Jan. maksudnya, kuranglah bebudak yang akan di ambil untuk intake Mei. Ada kawan aku yang dapat 10A pun tak dapat. So, memang berusahalah untuk yang Jan tu. tapi, nak tau cerita cinta aku dengan UTP? Terkandas di tengah jalan. Yalah, UTP kan swasta, mahal.. memang! Masa aku dapat tawaran tu, naik juling biji mata tengok yuran menececah 20k untuk satu tahun. To be honest, aku bukan anak orang kaya. Aku pun tk sampai hati nak guna duit simpanan mak bapak aku yang nak pergi umrah untuk aku sambung belajar. So, aku batalkan niat. Aku azam akan cuba untuk intake Mei. Tapi, yang 20k tu, bukan sekali bayar erk, by sem lah. Satu tahun buat foundation tu ada tiga sem. Ha, kira lah sendiri. Okey, sambung cerita lepas result SPM keluar. So, aku pun isi semula UTP untuk intake Mei. Alhamdulillah, sekali lagi aku dapat. Hah, aku tak pasti tapi ada cousin aku yang da graduate dri UTP cakap, kalau pernah apply dengan UTP n berjaya, kemungkinan untuk dapat balik bila kita apply lain kali tinggi. So, tak rugi lah kiranya waktu aku apply dulu kan? Sebab yes, aku dapat lagi! Yang sungguh bijaksananya aku ni, aku tak apply pula biasiswa Petronas tu, so, boleh fikir tak, x ada bezalah dengan masa aku apply untuk intake Jan tu kan? Ya lah, sebab waktu tu, syarat dia kena above 7A+.. aku ni berapalah sangat.cukup-cukup makan.. tapi, aku hampir jatuh tersungkur, terguling, terpengsan masa tau, ada budak yang dapat 3A+, dipanggil temu duga biasiswa Petronas. Aku nak gila woi. Kenapalah aku tak apply. Tapi, yang sudah sudahlah, jangan dikenang. Memang aku say goodye lah dengan UTP ni. Tapi jangan risau wahai adik atau kengkawan yang lahir dari keluarga susah macam aku ni. Kalau berazam nak study jugak di UTP tapi xdapat biasiswa, PTPTN kan ada… Kawan aku yang tengah sambung study di UTP ada kawan yang guna PTPTN. Dia dapat half loan iaitu 4000 satu sem. So, kalau full loan? Sendiri mau ingat. Tapi ingat, tu PTPTN. Bukan free… tapi bagi aku lah, bebudak yang graduate n kerja terus dri UTP ni, memang inshaAllah mampu bayar balik. Bayar sekaligus dengan gaji sebulan pun boleh… eh, betul kah? Haha, sesuka hati aku… tapi apa yang pasti, kalau yang mampu tu, cubalah isi masa Jan tu. memang peluang besar. Dan kalau yang dapat hampir-hampir straight As dengan 7A+ tu, jangan putus asa, just try untuk apply biasiswa Petronas. Kita tak tahu kan??? Kalau rezeki???

Okey, seterusnya pasal JPA. Siapa tahu? Hehe. JPA memang biasiswa paling top ever lah. Ada dua PILN dan PIDN. Tapi yang aku nak cerita ni pasal PILN. Okey, proses, macam biasalah, guna result SPM, bukan TRIAL… lepas tu, akan dimaklumkan sama ada layak temu duga atau tidak. So, time aku, aku layak. Alhamdulillah. Temu duga dia tak lah susah mana. *bocor rahsia*… dia ada group discussion, selalunya pasal perkara2 berbangkit dalam kalangan masyarakatlah. Yang penting, kena perform well, kena menonjol. Sebab penilaian secara individu walaupun ujian tu dalam kumpulan. Just, cakap dan cakap dengan penuh yakin… kedua, debate! Hah, sesiapa yang rasa dia debater sekolah, jangan rasa bertuah eh, ingat topic cikai cikai? Topic memang gila sikit. Contoh masa aku dulu, pasal kuasa nuklear. Mana tak terbelit kepala kami semua satu group. Aku yang memang low self confidence bila bercakap dengan orang ni memang hancusslah! Itu, tengok nasiblah nanti. Ketiga, game! Aku excited masa dengar. Tapi masa duduk dalam tu, nak main game lah konon ni. Rupanya, game dia haprak aku tak boleh teka. Ciss.. kalau anda genius, memang bersyukurlah sangat. Tau olimpiade? Yang jawab soalan2 pelik maths tu? hah, itu pun ada. Lepas tu, dia bagi jugak ayat panjang berjela, lebih kurang cerita lah. Lepas tu, dia suruh teka contohnya, apa ending cerita tu. haih, ingat kitorang ni pengarah cerita kah? Okey, cukuplah pasal JPA tu. sebab, jodoh kitorang tak panjang. Aku budak SABAH (*dengan bangganya*)..dalam kalangan kami semua bebudak yang iv d Kota Kinabalu tu, aku tak tahulah berapa orang yang dapat. Tapi JPA yang ni untuk engineering ke Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Disebabkan aku study Perancis da nada sijil Perancis, aku pilihlah pegi Perancis tu. tapi taka da seorang pun budak sekolah aku yang dapat pegi Perancis. Pergi Jerman pun taka da. Pergi Korea, jangan haraplah. Haha. Tpi pergi Jepun? Semua bebudak yang apply untuk ke Jepun dapat!!! Yang dari sekolah aku lah. Jealous memang Jealous. Ada tiga ekoq bebudak tu. tapi yang pergi JPA tu, seekoq jak.. yang dua lagi tu? hah, satu masuk PASUM, satu masuk UTP. Pilihan diorang. Mana2 lah. Walaupun aku rasa jealous sangat sebab aku yang nak gila2 ni x dpt, diorang senang lenang reject benda tu. haprak!

Selain JPA, ada dua lagi yang lebih kurang sama. JPA-MARA dan MARA. Apa beza? Tengok nama pun tau lah! Tengok berdasarkan nama jak. Mesti fahamm punya. Tapi, antara tiga ni, JPA, JPA-MARA, dan MARA, boleh apply dua sahaja ya… jangan tamak haloba. Kiranya, pilih salah satu yang x akan kamu apply. Macam aku, aku tak apply Mara. So maksudnya, aku try JPA-MARA lah kan? Proses dengan JPA memang sama.. taka da beza, dari isi boring sampai lah interview. Tapi aku nak remind!!! Aku applier JPA. Lepas tu aku apply JPA-MARA. Untuk kedua-dua program ni, mesti jawab ujian PSIKOMETRIK. Lebih kurang psikologi lah.. tapi, bila aku jawab benda tu untuk JPA, dan aku try untuk JPA-MARA pula, aku hanya boleh jawab sekali. Maksudnya, aku jawab untuk JPA sahaja. Apabila keputusan JPA-MARA keluar, dia tak bagi surat rejection yang sopan macam JPA. Dia terus kata permohonan aku TAK DIPERTIMBANGKAN. Hamboii.. bila tanya dengan budak2 lain, itu sebab aku tak jawab ujian psikometrik dia. Sedangakn ujian tu boleh buat sekali sahaja. Salah siapa? Aku lah kot..hehe… jadi, cadangan aku, korang ambiklah Mara. Macam satu orang besties aku. Dia apply Mara dengan JPA. Dan, dia DAPAT!!! JPA, nasib kami sama. Tapi untuk Mara, semua kawan2 aku yang apply dapat. Kelebihan Mara ni sebab banyak course boleh pilih. Hayat kah, fizikal, dentistry, semua pun ada. Seluruh DUNIA…lagipun ujian psikometrik tu x sama dengan JPA punya. So, aku cadang pilihlah Mara. Jangan abaikan dia okey??? Haha

Masuk pasal UPU. Okey, believe or not, aku budak DIPLOMA. Hehe. Jangan pandang rendah ya? Walaupun aku tak dapat tempat study selesa gegila macm kawan2 yang lain, aku syukur sebab at least aku ada peluang belajar kan? Untuk orang susah macam aku, memang selayaknya aku masuk diploma. Sebab ada pinjaman.. ada biasiswa yang boleh mohon… kalau asasi, matrikulasi, mana ada! Elaun ada lah. Tapi, kena deposit tinggi dulu kan? Hujung hujung baru dapat elaun. Aku mana nak cari modal besar kan??? Tapi sebenarnya aku masuk diploma sebab aku tersalah faham. Untuk mengelakkan ada yang salah faham macam aku, aku terangkanlah. Aku ada ikut satu seminar yang terangkan pasal diploma dan form6 SAHAJA. Bila buat comparison, memanglah diploma okey sikit. Tapi aku tak maksudkan form 6 tak okey.. semua pun okey. Jadi, aku yang sebenarnya sudah isi UPU dengan asasi, pergi tukar jadi diploma.. gila tak gila? Gila jugaklah. Dan jawapannya, ke diploma lah aku. Kelebihan asasi? Sebab sambung degree awal sahaja kotttt.. ntahlah. Matrikulasi? Aku pun dapat. Tapi bila aku tanyak parents, direct aku tak dibenarkan. Sebab? Sebb ada anak kawan bapak aku *rosak* di matrikulasi. Ek elleh, dari kita jugak sebenarnya. Tapi aku respect parents, aku tak pergi walaupun aku memang nak pergi sana. Ramai kawan…

Dan jawapannya, aku berada di diploma sekarang ni. UITM SARAWAK. Course? Science Computer. Tahu apa kelebihan UiTM(untuk bumiputera sahaja)? Murah! Serius! Semua benda jadi separuh sebab half lagi di tanggung oleh UiTM. Hostel pun cantik, fakulti pun semua okey, syukurlah jadi budak UiTM. Kalau sambung degree nanti, bila keputusan memuaskan, buat 2 tahun jak. Kiranya, cuba tengok budak u lain yang buat asasi, tapi sambung degree 4 tahun. Lebih kurang jugaklah. In addition, kalau bebudak diploma tu layak, kalau tak silap aku lah, ada Penerapan. Maksudnya, study smpai part 3 jak untuk diploma. Bila layak, boleh trus fly masuk degree. Hebat tak hebat? Penerapan lain yang aku dengar, bila perform well masa diploma, pengecualian kredit untuk degree ada. Maksudnya, study degree direct part  2 or 3, yang penting, dari Fakulti yang sama masa diploma dulu lah….Yang penting satu… OTAK! Kena lah jadi pandai. Macm mana? BERUSAHA. Mana2 pun macam tu. so, aku harap ada sesuatu yang bermanfaat untuk korang ambil dari cerita panjang berjela aku ni. Mana lah tahu. Banyak perkara aku belajar dengan baca blog orang. So, aku pun nak try share pengalaman aku yang mungkin membantu. Apapun, good luck in ur life guys.. doakan aku jugak, dapat jadi JURUTERA PERISIAN, seperti cita2 aku.

Bebudak SPM 2014 dan ke atas, good luck menentukan jalan ke masa depan ada. Untuk junior2 sekolah aku, SEKOLAH MENENGAH SAINS LAHAD DATU, kalau korang degree lebih dahulu daripada aku, jangan mengejek. Aku pelekuk  baru tau.. hehe.. okeylah. Last daripada aku, sebelum buat apa2 keputusan fikir, kaji dan cari. Kalau tersilap, jangan putus asa. Sepertimana Kejayaan itu bukan sesuatu yang kekal, begitulah jugak Kegagalan, tidak kekal! Usaha! Usaha! Usaha!

Okey, kalau ada yang nak tanya atau kongsi, boleh komen.. hehe

Wassalam…
 
Template designed using TrixTG