Blogger Widgets

UglyHand real Step

PROLOG
Suasana kelas yang agak riuh sedikit mengganggu fokus. Pen yang sejak tadi berlari di atas helaian putih belum berhenti. Sesekali dahi berkerut kerana tidak memahami apa yang terdapat pada muka buku dan apa pula yang perlu ditulisnya di atas helaian putih itu. tatkala kerusi terasa dilanggar dari belakang, kepala menoleh dengan wajah geram. Orang yang melanggar tadi, tanpa sepatah maaf terus berlari dan sambung berkejaran dengan rakannya. Rengusan kasar jelas kedengaran sebelum kembali memandang buku kimia di depan mata.
“Relax…” bahu ditepuk dari belakang. Ekor mata menangkap kerusi di sisi sudah di tarik sebelum jelas pada mata, wajah sang sahabat menyapa.
“Geram aku. Dari tadi tak paham. Ada pula datang cari pasal.” Tangan kembali menyambung penulisan sambil sesekala pen itu berhenti, bersilih ganti dengan mata yang memandang ke arah buku teks sebelum ke helaian yang dipenuhi tulisannya.
“Nota? Terlebih rajin..”
“Taklah…” perlahan suaranya meleret. Fokusnya tetap pada buku itu walaupun sejak tadi mendapat gangguan.  Kelas anjal petang itu cukup membuatnya tekanan. Semua kelas digabungkan untuk duduk di dalam bilik tutorial. Kelas sebesar gabungan dua bilik darjah yang dihuni oleh lebih daripada 50 orang pelajar memang bagai sardine dan rojak buah.
Kebisingan yang sejak tadi menyapa halwa telinga tiba-tiba berhenti. Wafa mengangkat kepala lalu mata meliar memandang sekeliling. Jelas dia menangkap pandangan mereka semua tertumpu ke muka pintu. kepala juga dipalingkan.
Eh?
“Budak baru.” Jelas Shah di hadapan membuat penyataan. Dahi Wafa berkerut. Dekat-dekat nak hujung tahu ni masih ada juga budak baru masuk sini. Matanya kembali terfokus pada helaian tadi dan pen itu berlari lagi…


BAB 1 : Cerita Tak Bertajuk

__

Langkah kaki diatur laju menuju ke bilik guru. Pagi tadi cikgu Amran mengarahkan dia mengumpul latihan yang di beri minggu lalu. Hana yang ditinggal di belakang berusaha menyaingi langkah penolong ketua kelas 4 Giga itu.  Sesampai di hadapan bilik guru, hampir dia terlanggar cikgu Amet yang ingin keluar. Segera dia meminta maaf. Guru kelasnya itu kelihatan ceria melihatnya. Eh?
“Ha. Right on time. Pergi mana ni?”
“Hantar exercise di meja cikgu Amran” buku-buku di tangan diangkat sedikit untuk ditunjukkan kepada cikgu Amet. Hana sudah tiba di belakangnya.
“Oh, lepas tu, kamu hantar budak ni pergi kelas.” kepala cikgu Amet menoleh memandang seseorang dengan uniform putih di sebelahnya. Mata Wafa baru perasan pada orang yang baru melangkah keluar itu. Budak baru kemarin. Sekilas sahaja dia memandang lelaki itu sebelum kembali memandang cikgu Amet.
“Kelas kami ke cikgu?” Hana menyampuk.
“Ya. Dah pergi hantar tu cepat.” Cikgu Amet berganjak sedikit untuk memberi laluan. Hana mengikut dari belakang. Budak baru itu juga memberi laluan namun matanya langsung tidak memandang mereka berdua.
“Nanti kamu ikut budak berdua tu. Itu classmates kamu. Cikgu ada kerja nak buat.”
Angguk mengerti.
Cikgu Amet terus berlalu dan masuk semula ke dalam bilik guru. Budak baru dengan uniform itu memutuskan untuk menunggu di luar bilik guru, di koridor.
“Emm.. eh…”
Suara dari belakang menyapa halwa telinga. Dia menoleh. Jelas matanya menangkap dua gadis tadi berdiri memandangnya.
“Jom…” Hana memanggil sambil tersenyum. Wafa sudah mengorak langkah. Lelaki itu mengangguk kecil sebelum turut sama berlalu, mengikut rentak kaki dua gadis di hadapannya. Pandangannya sesekali ditebar memandang sekeliling. Dia sedang berada di tingkat dua, blok yang diapit oleh dua lagi bangunan. Ramai pelajar lalu lalang di setiap koridor. Matanya memandang juga bahagian tengah antara blok tempat dia berada dengan blok di hadapan. Hiasan landskap yang menarik. Bulatan yang dipenuhi pokok-pokok bunga. Di sekelilingnya, ada beberapa bench yang diduduki oleh beberapa pelajar. Dipandang pula ke arah tingkat dua dan tiga blok hadapan itu. ramai pelajar berdiri di koridor. Bergelak tawa sesama mereka. Ada sesetengah yang memandang ke arahnya dan sempat pandangan itu bertembung sebelum dia kembali memandang dua gadis di hadapannya.
“Sini…” Hana dan Wafa berhenti di hadapan sebuah bilik darjah. Langkah yang tadi asyik diatur juga berhenti. Dua orang lelaki beruniform berdiri bersandar pada palang koridor sambil memandang mereka.
“Masuk kelas kita?” soalan Omar di jawab dengan anggukan. Seketika kemudian, Omar dan Gewen menghampiri budak lelaki itu. Hana dan Wafa sudah lesap ke dalam kelas.
“Hi. Omar..” lelaki agak tembam dengan kulit cerah itu menghulur salam. Salam yang disambut diiringi senyum tipis. Selepas itu, Gewen pula menghulur salam.
“Panggil Gewen je..” wajah Gewen dihiasi senyuman ceria.
“Panggil apa?”Gewen memasukkan kedua-dua tangan ke dalam pocket seluar sambil matanya tepat ke wajah budak baru itu. Omar juga memandang, menunggu jawapan.
“Auji…”

_____

Langkah kanan dimulai tatkala memasuki bilik study di sebelah dorm nya. Wafa terus mencari tempat duduk yang kosong. Di satu sudut, Lenny dan Cha tunduk meneliti buku masing-masing. Di satu sudut pula, dua orang junior form three tampak berbincang antara mereka berdua. Matanya lekat pada kerusi di sebelah Lenny, menghadap terus kea rah tingkap. Perlahan kaki menapak dengan buku serta alat tulis di tangan. Sebaik punggung dihenyakkan, matanya di pejam seketika sebelum menarik nafas dalam. Mata yang terasa layu terpaksa di lawan juga.
“Macam penat je aku tengok”
Senyuman tipis dihadiahkan kepada Lenny sebelum tangannya lincah menyelongkar pencil box di sisi. “Sikit lah…” Sejurus selepas itu, buku teks kimia pula di bukanya. Sejak seminggu yang lalu, memang buku teks kimia ini setia menemaninya. Susah sungguh untuk dia mengkhatamkan hatta satu bab sekalipun dalam minggu itu. terlalu banyak aplikasi yang perlu di buat. Belum campur dengan eksperimen yang terkadang kepalanya menyangkal hipotesis yang diberikan. Itu lah Wafa. Cara belajarnya, penuh dengan fikiran logik. Kalau tidak mengena pada pemikirannya, selagi itu dia tidak puas hati untuk mencari bagaimana sesuatu keputusan atau jawapan itu boleh terhasil. Sesekali dia mendengus kecil tatkala jawapannya tidak mengena dengan skema jawapan.
“jangan lah stress sangat…” suara Cha pula menyapa. Wafa mengangkat pandangan dari helaian mengenai saponification ke arah gadis bertocang dua itu.
“Susah lah Cha. Dari hari tu cikgu ajar tak pass lagi.” Mekanikal pensil sudah ditolak ketepi sebelum tubuh ditolak menyandar ke belakang. Cha memanjangkan leher memandang helaian yang terbuka.
“Chemist?”
Angguk sambil mencebik.
“Patut pun…” Lenny turut menyampuk. Gadis itu juga berhenti menulis. “Aku pun dari tadi error je dengan jawapan aku ni. Buat lawak pula calculator bagi jawapan syntax error.”
Pecah ketawa Wafa dan Cha. Syntax error atau math error. Memang benda paling lawak kalau buat calculation untuk maths dan addmaths. Nak nangis je kira panjang-panjang lepas tu jawapan tak bole define. Terasa kebodohan menguasai diri.
“Chapter?” terjongket kedua-dua kening Wafa memandang Lenny.
Lenny dilihatnya membuat muka bosan sebelum calculator selamat mendarat di atas buku teks dengan bunyi agak kuat. “Kau rasa?”
Kalau cakap pasal chapter maths atau addmats yang memeningkan kepala, memang banyak. Wafa memanjangkan leher melihat buku Lenny di sebelah. Jelas pada helaian itu lakaran graf dengan bentuk lengkungan di atas graf. Kepalanya geleng sambil tersenyum. “Chapter tu memang aku surrender…”
“Kelas korang siapa pro addmath?” Cha menyambung dengan soalan.
“Shah.” Mestilah Shah. Jawab addmath macam telan air je. Orang semua stress jawapan jauh berbeza dengan skema jawapan. Dia boleh pula tidur lepas cikgu suruh try jawab. Bila kena panggil ke depan untuk terangkan, tip top. Tak salah satu pun. Siap bagi rumus sendiri nak selesaikan satu soalan tu. Dan setiap kali lepas habis test, markah kurang satu, kurang dua peratus. Tu pun sebab careless mistake. Kalau tak, payah je nak percaya ada orang  dapat hundred untuk addmath.
“Aku tak tahu lah dia pakai otak apa…” Lenny, rakan sekelas Wafa juga mengiakan. Budak genius tu memang gila.
“Aku rasa kalau calculator dia kong time exam nanti pun dia no hal. Boleh je dia main congak jawab addmath tu.” Lenny menyambung dengan muka menyampah. Ya lah. Punyalah dia struggle 24 jam nak kuasai satu benda je dalam addmath, si Shah yang kaki tidur tu boleh pula aci buat macam dia yang cipta segala rumus addmath tu.
“Ya. Ingat tak cerita cikgu Amet pasal senior gila pro addmath tu? siapa nama dia?.” Wafa memegang dahi sambil mata terpejam, berfikir. Cha  setia mendengar. Lenny juga turut mengimbas semula cerita dalam kelas dua hari lalu.
“A..ay.. apa nama ah? Lupa…” Wafa mencebik.
“Aku pun tak ingat. Tapi yang pasal calculator kong time SPM tu?”
Laju Wafa mengangguk. Pandangannya kembali kepada Cha yang buat muka excited.
“Time SPM? Gi-la. Jadi?” Cha menggeleng tidak percaya.
“Cikgu cerita, senior tu kalau tak silap lepas dua tahun dia keluar, kita masuk. Cikgu cakap dia tu memang genius gila tahap tak ingat. Tapi untuk addmath dengan math je lah. Kalau subjek lain…” ayat disambung dengan gelengan dan ketawa. Cha dan Wafa yang sudah faham turut terhibur.
“Pastu..pastu?”
“Dia nak bagi tahu prefect time tu tapi dia malas. Kata cikgu lah… soalan berjawab time tu tak sampai pun separuh. Baru buat yang function, log amende semua tu. yang di belakang belum sentuh. dia decide main congak je jawab addmath tu.” Wafa tolong menyambung untuk Lenny.
“And guess what, A+ dalam slip. Haih, tak paham aku.”
Cha jatuh rahang. Serius? Ni cerita nak jadi keajaiban dunia kelapan ni. Congak je jawab addmath lepas tu dapat A+? subhanallah. Otak apa lah orang tu pakai.
“Kalau aku kenal, aku kahwin je dengan orang tu.” kata- kata Lenny mengundang tawa. Termasuk juga junior form three di hujung bilik study. Cha menoleh memandang mereka berdua.
“Ei budak-budak. Belajar. Tak elok dengar cerita orang dewasa. “ gurau  Cha mengundang tawa mereka lagi.
“Jangan bising. kang ada baca yassin tengah asrama ni nanti…” Wafa mengingatkan. Mana tak nya. Baru petang tadi lepas solat asar lalu depan bilik warden. Jelas terpampang nama Miss Zuhaila. Memang naiya lah kalau waktu warden tu bertugas,ada yang buat hal. Kalau bising lepas light off, alamatnya duduk di tengah asrama, baca Yassin. Macam lawak je denda sebab tak ada kaitan. Tapi itu lah faktanya. Wajahnya sudah diseriuskan kembali. Tawa mereka yang lain juga beransur hilang. Mekanikal pensil yang tadi dilempar ke tepi ditarik semula. Buku teks kimia juga ditarik menghampiri. Matanya fokus memandang buku teks namun sesuatu bermain di dalam benak.
‘siapa nama senior tu eh?’
_
Panas terik menerobos masuk ke dalam bilik darjah mereka.Wafa, Hana, Lenny, Epul , Hamdan, Bebot dan Gewen duduk dalam halaqah untuk berbincang mengenai sambutan hari guru yang akan berlangsung tak lama lagi. Barisan badan kepimpinan sekolah semua memang tak menang tangan bila ada event sekolah. Pelajar yang lain sibuk dengan aktiviti masing-masing. Prep petang itu sungguh santai sebab tiada tutorial atau kelas anjal.
“Kamu bagi idea lah macam mana nak buat gimik tu.”
“Grand atau biasa je?”
“Kalau nak kata grand sangat tak payahlah. Tapi menarik lah. Jangan common sangat.”Epul bersuara sebagai Head Prefect. Yang lain sudah garu kepala. Wafa menggigit hujung pen. Kepalanya ligat berfikir untuk tajuk yang satu itu.
“Fivers lepas buat macam mana?” suaranya terkeluar sambil mata memandang Epul, Head Prefect.
“Bukan yang jatuh belon dengan banner tu ke?” Hana menjawab.
“Yang lawak tak jadi…” meleret suara Gewen sebelum dia sambung ketawa. Bebot juga ketawa. Gewen geleng kepala ingat semula peristiwa belon tersangkut di lampu lepas tu banner tak boleh terbuka. Buat malu je beberapa orang fivers berlari buka semua tali sampai belon, banner habis jatuh atas pentas.
“Kau jangan. Kang tahun ni kita pun tak jadi…” suara Hamdan seolah memberi amaran.Gewen mencebik sambil menjeling ke arah Hamdan. Parasite ni. Nyampeh aku nak kerja kalau ada dia ni.
“Korang list je apa yang okey. Nanti baru kita pilih yang the best. Paling penting, fikir pasal budget jugak.” Epul bersuara namun matanya lekat pada buku nota sendiri. Semua angguk. Memanglah. Kalau nak rancang tu senang je. Tapi bab budget? Kena fikir jugak. Diorang buat majlis ni tanpa peruntukkan daripada pihak sekolah. Hanya kebenaran daripada PK HEM untuk mengutip duit dari pelajar yang menjadi sumber.
“Cantek…” suara Gewen yang tiba-tiba memecah sunyi menarik perhatian. Ceria wajahnya menyapa pada pandangan Epul.
“Kita pakai orang luar jadi AJK boleh?’
Terjongket sebelah kening Epul. “Why not…”
“Dah. Tak payah fikir pasal gimik dah. Kita pindah tajuk lain. Kau anggap je gimik tu dah settle.”
Semua tercengang. Biar betul si Gewen ni. Boleh percaya ke? Kepala dia ni tak betul sikit. Kang ada dia buat prank surprise untuk guru-guru tu, habis diorang semua kena.
“Kau nak buat apa?”
“Bukan aku…” wajahnya tidak diangkat dari buku nota. Hanya G-Soft biru berlari laju. Epul melihat apa yang ditulis oleh Gewen. Berkerut dahinya memandang Gewen.”Kau biar betul…”
Persoalannya dibalas senyuman bangga. Ini Gewen lah. Apa benda je tak jadi kalau aku yang turun tangan. Tengok lah. Mesti jadi punya! Dia membiarkan yang lain masih tertanya-tanya.
“Tak payah lah nak berahsia sangat. Apa yang kau plan?” Wafa memandang dengan dahi berkerut. Ni aku tak suka buat ala-ala nak bagi surprise ni. Kang ter surprise semua sekali sebab hari guru dua tahun berturut-turut tak menjadi. Kalau si Gewen ni nak pedajjal nama batch, memang kena dia ni.
Gewen buat muka bosan. “Korang ni memang tak percaya aku ke?”
“Memang…” antara terkeluar atau tidak suara Hana membuatkan Gewen menjeling. Pandangannya menghala kearah Epul meminta sokongan.
“Okey.. kau punya peluang. Jangan buat macam-macam Gewen..” amaran itu berbaur keras. Gewen angguk yakin. Tak kan lah. Nak mampus ke buat benda gila untuk majlis besar macam ni? Nakal-nakal pun, aku tau jugak part mana nak pedajjal sekolah part mana tak boleh. Guru-guru tu macam mak bapak aku dah semua.
“Dahlah. Kita tukar dengan tajuk kedua. Doorgift.” Epul beralih tajuk kecil. Yang lain sudah sedia untuk mencatat kecuali Gewen. Sebaliknya lelaki itu terus berdiri menyebabkan yang lain memandangnya. Kening Wafa yang berjongket jelas bertanya.
“Aku pi atur gimik lah ni. Korang sambung. Nanti apa-apa bagi tau je.” Epul mengangguk membenarkan. Gewen terus melangkah pergi. Hana dan Wafa saling berpandangan. Apa pula lah si Gewen nak buat ni. Mata mereka mengekori langkah Gewen yang sudah bergerak ke satu sudut di dalam kelas. Di hadapan Gewen waktu itu, beberapa orang pelajar lelaki kelas mereka buat halaqah di belakang. Gewen dilihatnya memanggil salah satu daripada mereka. Agak terkejut Hana dan Wafa memandang lelaki yang dipanggil oleh Gewen. Hana pandang Wafa, Wafa pun pandang rakannya itu. serentak mereka bersuara tak percaya.
“Auji?”

__

Satu per satu nips di masukkan ke dalam mulut. Langkah di atur masuk ke dewan besar. Hana di sisi tetap setia dengan Vanilla Drumstcik. Saat kaki melangkah masuk, mata menangkap beberapa orang pelajar sedang sibuk memanjat tangga untuk naik ke bahagian atas pentas. Matanya meliar pula mencari AJK majlis semua. Di satu sudut, di atas pentas, dilihatnya beberapa orang junior form one duduk bersimpuh membersihkan pasu bunga. Ada juga yang tengah iron kain skirting. Sibuk sungguh mereka membuat persiapan.
“Ada nampak Head Prefect tak?” Wafa bertanya dengan salah seorang junior yang ada di situ. Gadis itu kelihatan terpinga-pinga. Mana tak nya, akak garang cakap dengan dia. Siapa lah tak kenal dengan Wafa yang garang gila tak ingat tu.
“Err…tadi…” gugup junior itu. Hana di sisi ketawa kecil melihat adegan. Kecut je orang tengok si Wafa ni.
“Wafa! Hana!”  panggilan itu membuatkan mereka berdua menoleh. Epul keluar dari backstage lalu melangkah menghampiri. Berpeluh-peluh.
“Pandai eh. Awal!” sindirian itu mengena pada mereka berdua. Wafa dan Hana hanya tersenyum kecil.
“Sorry lah. Kami memang plan turun lepas zuhur. Malas nak ulang alik.” Jawapan Hana menyebabkan Epul menggeleng kecil.
“Aku pun tak solat lagi…”
“Kau lelaki. Lain…” laju Wafa memintas. Ya lah. Kalau budak perempuan ni. Nak tukar tudung, nak naik bilik yang letak entah tingkat dua atau tiga, ambil telekung. Nak lagi tandas dari surau jauh. Memang semua ambil masa. Lepas tu, kena siap balik. Mana lah sama dengan boys. Datang macam tu je pergi surau. Ambil wuduk, solat, selasai!
“Mana-mana la. Tu di belakang, Gewen buat preparation utuk Gimik. Haih, ntah kepala apa diorang bole sampai terfikir semua tu.
Jelas kerutan pada dahi Wafa dan Hana.
“Apa diorang plan?”
“Kau tengok je nanti. Pergilah belakang. Aku rasa diorang perlu beberapa tangan yang rajin.”
Wafa sempat tergelak kecil sebelum berlalu ke backstage. Sebaik tirai di buka, hampir dia terlanggar dengan seseorang. Berkerut dahinya memandang insan di hadapan. ‘Apa pula budak baru ni buat di sini…’


__________ *d making of second chapter*________________



 
Template designed using TrixTG