Dean tunduk
sambil memandang tray yang dah kosong depan mata. Yang lain masih lagi menyuap
sambil mata mereka sesekali memandangnya. Ini Adin punya pasal. Habis dia jaja
cerita dengan semua member pasal apa yang jadi dalam kelas tadi. Dapat peluang
membahan, memang konco yang lain pun sibuk jugak sama. Last-last, dia lah yang
menjadi mangsa usikan. Tau sangat dah…
“Apa feel
kau eh? Ada tak ala-ala macam Kristen Stewart dengan Robert Pattinson?”
Jeling! Nak
pergi samakan aku dengan cerita sang penghisap darah tu apekehhall!!.
“Parah lah
kau. Aku hampir terkujat masa tengok tadi.” Adin lagi menyambung. Tak sudah lah
mereka ni. Ini lah yang aku katakana Jaiz tak berdaftar. Tak cukup kena soal
siasat, kena gula pun banyak.
“Kau tak
tau cerita aku punya dahi hampir berlubang tadi.” Dean buat muka bosan.
“Hah?”
Dean pun
bercerita pasal pintu locker yang selamat landing atas dahinya. Sakit mak aih!
Tiba-tiba
seisi dewan jadi riuh dengan gelak tawa mereka bertujuh. Ini baru tujuh turun
makan. Kalau yang saki baki lain tu join sekaki, memang diabetes lah aku kena
gula di sini.
“Gabrah lah
kau. Buat lek dah lah. Obvious sangat.”
“Ingat
boleh control? Aku pun bukan perasan sangat pintu locker tu nak jatuh
menghempap.”
Yang lain
masih tahan gelak. Kang ada yang tersembur nasi ni kejap lagi.
“Sudahlah.
Makan cepat. Bukan kau tak tau warden siapa bertugas hari ni.” Dean peluk
tubuh. Dia memang dah selesai makan dari tadi. Adin, Fath, Teressa, Geol, Koi, dan Syuha menyambung suapan. Tapi senyuman-senyuman
mengusik mereka ke arahnya tetap berlanjutan
Hingga ke
hujung nyawa kot…
**
“Nah!”
Kepala diangkat
memandang Koi yang hulur batang penyapu ke arahnya. Terjongket keningnya
sebelah dahi ditepuk.
“Allah!
Rabu ek hari ni? Sorry, aku lupa.” Dean terus berdiri, mengemas stationary ke
dalam pencil case sebelum buku module addmath ditutup dan disumbat ke dalam
laci meja.
“Depan dah.
Kau sambung belakang.”
Dean angguk
setuju. Laju saja dia melangkah ke tempat duduk Qayyi. Qayyi yang nampak Dean
bawak batang penyapu terus beranjak sedikit. Faham-faham sendiri lah. Nanti melayang
batang penyapu dekat muka baru tahu. Dean terus membersihkan lantai dari hujung
ke hujung. Sampai dekat pintu, dia beralih mengambil penyedok sampah.
“Koi. Tolong
jap!”
Koi
menghampiri lalu penyedok beralih tangan. Koi setia menanti di muka pintu
sebelum Dean menyumbat debu-debu ke dalam penyedok sampah.
“Dean!”
“Hmm!”
“Dean!”
Kali kedua baru Dean angkat kepala. Mulut Koi memuncung ke arah depan kelas. Dahi
Dean berkerut sedikit sebelum pandangan dikalih ke arah yang sama. Addedaaah!!!
Pandangannya
kembali jatuh pada wajah Koi yang dah senyum-senyum smirk. “Diam bangang!”. Perlahan
tetapi cukup tegas untuk Koi. Tak sudah-sudah nak kenakan aku!
“Aku dengar
ada orang birthday hari ni. Betul kah Dean?”
“Hmm…”
layan kan aje lah. Memang pun mamat tu dah genap 17 tahun hari ni. Concern pasal
member kelas okey. Dan dia memang dah hafal birthday separuh budak kelas dia. Jadi,
tak ada apa yang nak dihairankan.
“Kau dah
wish belum?”
“Lima tahun
di sekolah ni, sekali pun aku tak pernah wish birthday orang aku tak rapat”
“Tapi kalau
orang yang kau….auch!”
Belum sempat
Koi menyambung ayat, ketam Dean awal-awal lagi menyengat.” Diam lah Koi. Aku kasi
supper penyedok mahu?”
Penyedok di
tangan Koi diambil sebelum diterbalikkan di atas tong sampah sebelum penyapu
dan penyedok diletakkan sekali pada dinding penjuru kelas.
“Aku cabar
kau wish dia”
Bulat mata
Dean pandang Koi. “Kau gila?”
“Ala Dean,
last dah kita ni. Sekali je. Bukan susah mana pun…”
“Dean…”
suara Syuha pula meleret panggil dia. Sah! Syuha pun dengar apa Koi cakap. “Aku
kasi kau Cloud-9”
Dean buat
muka bosan. Apa lah sangat Cloud-9 tu.
“So?”
Koi dan
Syuha pasang muka berharap. “ Wish aje kan?”
Koi dan
Syuha angguk laju. “Kejap. Tak aci lah member lain tak ada.”
“Wui. Orang
lain perasan lah kalau dah korang semua berkampung di sini”
“Alah, biarlah.
Macam orang tak biasa kita buat mesyuarat agung di sini. Kami cover-cover lah.”
“Hmm…”
Syuha dan
Koi terus keluar dari kelas, menyeru member yang lain. Sungguh lah aku ni
ditakdirkan untuk kena pedajjal oleh member sendiri eh? Tak sampai beberapa
minit pun, terjengul muka Koi, Syuha, Geol, Teressa, Adin, Fath dan Azza depan
muka pintu. Pie dengan Dida tak ada. Nasib! Budak dua ekor tu pun parah jugak
kalau membahan. Dekat library agaknya.
“Okey, pergilah.
Sementara dia sendiri aje dekat luar tu.”
Yang lain
pasang muka excited. “Korang jauh lah sikit. Macam ni obvious lah.” Dean bukan
tak perasan beberapa mata aspuri yang lain memandang mereka. Wawa dengan Qashaf
senyum-senyum sumbing. Athiah dah geleng kepala sambil senyum pandang mereka
semua.
“Cloud-9
aku mana?”
“Aik, belum
buat mana boleh bagi.” Syuha mengeluarkan Cloud-9 nuts sebesar dua jari dari
saku baju kurung.
“Sekali je
eh? No ulang tayang”
“Okey!!!”
Yang lain serentak menjawab perlahan.
Dean
berjalan perlahan ke muka pintu. sesekali dia berpaling memandang member otak
fius tu dalam kelas. Aduh, gugupnya. Terasa seram sejuk pun iyya. Lepak lah
Dean. Bukan nak jumpa pengetua pun. Takat budak mata ais batu macam tu. boleh
lah! Soh!
Mata Dean
pandang ke arah mamat yang berdiri di koridor kelas itu. apa yang difikirnya
pun tak tahu lah.
“Ehemm!”
Tak toleh.
Dean
pandang jam di tangan. Bila-bila masa bell habis prep malam akan berdering. Di toleh
lagi ke dalam kelas pandang member. Muka diorang semua memang lawak. Tapi memang
tak dapat nak buat Dean ketawa atau senyum sebab dia memang gementar. Dean
kembali berpaling. Mamat tu dah beralih posisi dari menghadap blok hadapan,
menghadap ke arah kelas.
Aku nak
panggil macam mana ni? Sepanjang lima tahun sekelas, dia lupa apa nak panggil
mamat tu. ya lah, berapa kali sangatlah dia bercakap dengan lelaki lagak
pendiam tu. setahun sekali kot.
“Eh!”
Lelaki yang
rasa ada sesusuk tubuh berdiri di muka pintu kelas bahagian belakang menoleh. Riaknya
biasa.
Dean
mengawal sebaik mungkin riak wajahnya. Ala-ala orang tak ada perasaan gitu…
“Happy
Birthday…” ringkas sebelum Dean pusing lagak selamba masuk semula dalam kelas.Bell
juga berdering nyaring. Dia dah perasan
semua aspuri jatuh rahang pandang dia. Langkahnya kemas diatur ke arah Syuha
sebelum Cloud-9 nuts bertukar tangan dan dia menarik kemas beg sandang. Selamba
pergerakannya walaupun segelintir aspuri dah pecah ketawa.
“Good Job
Dean, good job!”
“Aku bunuh
diri lepas ni. Tengoklah!” Dean seolah berbisik dengan muka geram. Semua member
ketawa sakit perut.
Dean
melangkah dengan selamba meninggalkan yang lain, meredah kesesakan pelajar lain
yang baru tamat prep malam. Entah apa reaksi mamat tu tadi. Dia tidak dapat
menangkap jelas.Ah! tak payah fikir. Yang dia tahu sekarang, dia nak balik,
cepat-cepat masuk dorm.
Ammaaa!!! Guer
punya jantung sudah mau melompat keluar owwww……!!!!