“Say it
best when you want. Or maybe stay in silence when it makes you comfort more, or
to rise your dignity, perhaps, because you know yourself, a Hawa”
Rasa nak
tecabut kaki berjalan dari asrama ke kelas. Lah, bukan jauh sangat pun. Tapi dek
kerana aktiviti seharian ni memang out of expectation, jarak yang macam seratus
meter pun boleh jadi beribu. Pagi tadi bebudak junior form four daftar masuk. Dia
yang in charge untuk in take budak rumah Biru memang tak boleh nak larikan
diri. Walaupun lah dalam kelas fizik waktu tu, Cikgu Hazri tengah terang pasal
Heat. Sampai tamat kelas Bio di makmal lah jawabnya dia tak balik kelas. Nasib
jugak dia tengah ‘cuti’. Plan lah masuk kelas untuk prep ni awal sebab dapat
warning dari Sir Nuar kena submit jugak math mod semalam, by hook or by crook. Sabar
je lah…
“Hi Dean!”
nampak dari jauh Mar, Ana, dengan Chia lambai-lambai. Dia senyum sekilas.
“Awal
korang?” dia hanya bersuara dari luar kelas. Jendela membatasinya dengan mereka
bertiga yang tengah duduk bawah kipas yang ligat berpusing.
“Cuti…” Mar
sengih.
“Oh,
samalah.”
“Bebudak
Biru masuk berapa orang?” Chia yang buat helli-spin guna marker pen tengok dia
dengan kening terjongket.
“5 orang. Syukurlah.
Kalau tak, sampai ke sudah aku ulang-alik dari asrama ke dewan.” Dari dekat 50
orang yang masuk hari ni, 5 je aspuri yang masuk rumah Biru, selebihnya
bagi-bagi lah dengan rumah kuning, hijau dan merah. Aspura dan aspuri.
“Oh. Bagus
lah tu.”
“Ya. Nasib.
Okey, aku chow. Itu your daddy sudah bagi warning siapkan beliau punya kerja. Kalau
tak, kena goreng aku besok.”
“Sir Nuar?”
Ana buat muka menyoal.
Dean senyum
sahaja. Sendiri mau ingatlah. Mar, Ana dan Chia gelak. Memang kena buat…
Dean terus
mengatur langkah ke kelas sendiri yang terletak di hujung. “Ass…”
Gulp!!! Dia
terkejut. Speechless. Sebab:
Satu- kelas
kosong.
Dua-kelas
sunyi.
Tiga- dia
ingatkan dia je yang baru sampai dalam kelas tu
Empat-
hampir gugur jantung tengok satu lembaga tengah khusyuk duduk baca buku apa
ntah
Lima- Lembaga
tu…. him?
That moment when I feel like
gazing air sucks me a lot. I don’t know how to differentiate between oxygen and
carbon dioxide, till all bones seem lack of calcium overdose. Kenapa aku
rasa nak jatuh golek-golek ni?
Stay cool
Dean. Dia menapak ke belakang kelas, membuka locker buku. Allah, dalam
banyak-banyak orang dalam kelas ni, apasal semua belum datang? Yang ni tinggal
aku dengan dia je ni. That feeling lagi teruk daripada orang yang nak kena
tangkap basah. JAIZ tangkap okey lagi. Boleh bawak bincang. Kalau genk the
minah yang mulut nya, masha Allah, ready lah aku kena gula kaw-kaw seumur
hidup. Ni hati ni pula nak main prank ke happer? Rasa nak gugur on the spot ja.
Muka sekarang ni? Haih, nasib aku spesis tak bawak cermin dalam pancel case. Kalau
tak, memang sure aku boleh nampak riak kalut, takut, risau, terkejut, bercampur
macam jeruk buah. Mata pula beralih memandang barisan buku-buku yang tersusun
rapi dalam locker. Ni, tadi aku nak ambik buku apa? Aik, lupa? Parah! Tangannya
kanannya cuba mencapai mana-mana buku dalam locker.
“Papp!!!”
Auch! Berpinar-pinar
terasa pandangan. Tangan kanannya beralih memegang dahi sementara yang kiri
menahan pintu locker yang jatuh betul-betul atas kepala. Aduh! Macam mana boleh
terlepas dari pegang pintu loker yang buka dari atas ke bawah ni? Gila punya
kalut aku ni. Cool Dean, cool.. Mamat tu tengah buat apa eh? Gelakkan aku ke? Mustahil
lah tak dengar dentuman yang buat aku rasa aku hilang separuh dahi aku ni. Masha
Allah, sakit nya.
Pintu loker
ditutup rapat sebelum menapak ke meja. Dahi yang rasa dah nak tumbuh tanduk di
usap perlahan. Janganlah nak memincangkan wajah yang sedia tak cantik ni. Kipas
yang berputar ligat rasa tak perfungsi langsung. Panas terasa. Panas apa? Entahlah.
Rasanya dah full dah power kipas tu. kena mintak sekolah ready aircond ni.
Sesekali Dean
berdehem menenangkan hati. Gusar. Yang si dia di depan nampak relaks je baca
buku dia. Elleh, macam aku tak tahu di sebalik buku biologi yang tersergam
indah tu, ada komik kan??? Kenal sangat dah…
Jam tangan
dikerling. 2.25 petang. Apa pasal tak ada seorang pun yang datang kelas ni? Prep
start 2.40 lah. Apa lah salahnya datang awal sikit. Aku rasa oksigen dan karbon
dioksida yang keluar masuk pun dah tak betul. Aduh, apa aku nak buat ni. Kalau aku
stay sini, nanti kena tangkap basah oleh Jaiz tak berdaftar tu. kalau aku
keluar, nak ke mana pulak? Sah-sah nampak aku ni nak larikan diri. Think Dean. Keluar
macam tu je? Nanti dia perasan lah aku gelabah semacam. Stay sini? Memang penaiya
aku lah kesesakan nafas.
Baru Dean
bercadang mengangkat punggung dari kerusi, dia mendengar derap kaki diatur. Dia
yakin langkah itu menuju ke kelas mereka. Yang buat dia rasa macam heart attack
akan berlaku bila-bila masa ialah sebab macam dia kenal derap tapak kasut tu.
ommaiii, janganlah!!! Bunyi derap itu makin jelas…jelas… dan jelas..
“Assala…. Eh?”
Dan mata
Dean tajam merenung insan yang berdiri di muka pintu dengan wajahnya terkejut
memandang dirinya dan lelaki itu silih ganti. Habislah aku! Jaiz dah datang…